Breaking News
Loading...
July 20, 2011

Info Post
ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Prinsip utama ASEAN

Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
  • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coerion)
  • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  • Menolak penggunaan ketenteraan
  • Kerjasama effektif antara anggota.

Ahli ASEAN

Negara-negara yang menyertai ASEAN.
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:
  • Brunei Darussalam
  • Filipina
  • Indonesia
  • Kemboja
  • Laos
  • Malaysia
  • Myanmar
  • Singapura
  • Thailand
  • Vietnam


Sejarah ASEAN

ASEAN mula dibentuk dengan penubuhan sebuah organisasi dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang.
Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku khususnya antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada masing-masing Filipina dan Indonesia.
Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa kepada konfrantasi pada 1965-1966 oleh Indonesia.
Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama.
Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand ( Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam, dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN.

 
 
Lagu Perpaduan ASEAN
 
Lagu ini dicipta oleh Ryan Cayabyab dan lirik oleh Nicanor G. Tiongson. Lagu ini disampaikan oleh Philippine Madrigal singers, Philippine Normal University Chorale, Philippine Women's University Chorale, A Capella Manila dan Orkestra Filharmonik Filifina.
 

ASEAN, OH ASEAN OUR VOICES RISE AS ONE
FROM LAND TO LAND FROM SEA TO SEA
REACH OUT TO EVERYONE


ASEAN, OH ASEAN
LET'S LINK OUR ARMS AND STAND
BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO
THE LEVEL OF OUR EYES


BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO
THE LEVEL OF OUR EYES

Perkataan ASEAN dalam bahasa-bahasa Asia Tenggara

Bahasa Melayu dan Indonesia:
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara Bahasa Philipina:
Kapisanan ng mga Bansa sa Timog-Silangang Asya Bahasa Cina:
东南亚洲国家的协会 / 東南亞國家聯盟 Bahasa Thai:
สมาคมแห่งประชาชาติเอเชียตะวันออกเฉียงใต้ / อาเซียน Bahasa Jepun
東南アジア諸国連合

Logo ASEAN

Logo ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. Warna logo itu biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama lambang negara negara ASEAN.
Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan dinamisme manakala putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran.
Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN.
Tulisan yang digunakan untuk perkataan ASEAN ialah helvetica dalam tulisan kecil dan bold.

Peraturan dan tatacara penggunaan logo ASEAN

Ketua Setiausaha ASEAN telah diberi tanggungjawab untuk mengawal penggunaan Logo ASEAN.

Logo ini menjadi logo rasmi ASEAN. Reka bentuk dan warnanya perlulah tepat. Logo ini boleh hadir dalam bentuk hitam putih atau berwarna.

Sebagai prinsip asas, logo ini perlulah digunakan untuk tujuan dan dalam keadaan yang baik, dan tidak boleh digunakan sebagai iklan untuk propaganda politik.

Penggunaan logo oleh Sekretariat ASEAN

Sekretariat ASEAN boleh menggunakan logo ini untuk perkara yang dikira sesuai oleh Ketua Setiausaha termasuk:
  • Dipamerkan di bangunan Sekretariat dan kediaman Ketua Setiausaha.
  • Digunakan sebagai kepala surat.
  • Digunakan sebagai penutup rasmi (official seal) Sekrerariat
  • Digunakan dalam penerbitan rasmi, buku atau majalah beridentitikan ASEAN
  • Digunakan sebagai tanda kepunyaan Sekretariat.
  • Digunakan dalam pakaian seragam atau tanda identiti yang dipakai oleh anggota Sekretariat.
  • Digunakan sebagai pameran ketika majlis rasmi, perjumpaan, mesyuarat dan pameran.

Piagam ASEAN

Piagam ASEAN ialah perlembagaan yang diterima oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Cadangan menggubal perlembagaan ini secara rasminya dikemukakan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 pada Disember 2005 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepuluh pemimpin negara ASEAN, iaitu setiap seorang dari sebuah negara anggota, membentuk ASEAN Eminent Persons Group lalu ditugaskan mengemukakan cadangan untuk penggubalann piagam ini. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu, Filipina, diumumkanlah sebilangan usul asas. Oleh itu, para pemimpin ASEAN telah bersepakat agar mendirikan "pasukan petugas peringkat tinggi untuk penggubalan Piagam ASEAN" yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dari sepuluh negara anggota. Pasukan tersebut kemudiannya mengadakan 13 mesyuarat sepanjang tahun 2007. Antara usul-usul yang dikemukakan termasuk pemansuhan dasar tidak campur tangan yang menjadi penting kepada pertubuhan serantau ini semenjak dibentuk pada tahun 1960-an, dan mendirikan sebuah badan hak asasi manusia.
Piagam ini diterima guna di Sidang Kemuncak ke-13 pada bulan November 2007.

 

Piagam

Rukun-rukun yang digariskan dalam piagam ini termasuk:
  • Penekanan terhadap kepentingan ASEAN dalam kerjasama serantau.
  • Hormat kepada prinsip-prinsip keutuhan wilayah, kedaulatan, sikap berkecuali dan identiti kebangsaan negara anggota ASEAN.
  • Pemupukan keamanan dan identiti serantau, penolakan pencerobohan serta penyelesaian pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan.
  • Dukungan undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi manusia, keadilan sosial dan perdagangan berbilang hala.
  • Penggalakkan penyepaduan perdagangan serantau.
  • Pelantikan Setiausaha Agung dan Wakil-wakil Tetap ASEAN.
  • Penubuhan badan hak asasi manusia dan mekanisme penyelesaian pertikaian, untuk diputuskan di Sidang Kemuncak ASEAN.
  • Pengeratan hubungan luar dan pemerolehan kedudukan dalam PBB (seperti Kesatuan Eropah)
  • Penambahan bilangan sidang kemuncak ASEAN ke dua kali setahun serta keupayaan mengadakan sidang kecemasan.
  • Menegaskan penggunaan bendera, lagu, jata dan bendera ASEAN pada Hari ASEAN pada 8 Ogos.

Ratifikasi

Untuk memastikan Piagam ASEAN pertama sah di sisi undang-undang, kesemua sepuluh negara anggota bersetuju bahawa Piagam ini harus diratifikasi sebelum Piagam ASEAN pada bulan December 2008. Piagam ini menjadi sah pada hari ke-30 selepas "Surat Cara Ratifikasi" kesepuluh dihantar kepada Setiausaha Agung ASEAN Dr. Surin Pitsuwan.
Pada 21 Oktober, piagam ini diratifikasi sepenuhnya oleh semua negara anggota. Jadual berikut memaparkan tarikh ratifikasi dan penyerahan "Surat Cara Ratifikasi" oleh setiap negara anggota:
Negara Anggota Ratifikasi Kerajaan Penyerahan
Surat Cara Ratifikasi
Ditandatangani
Singapura 2007-12-18 2007-01-07 Perdana Menteri
Brunei Darussalam 2008-01-31 2008-02-15 Sultan
Malaysia 2008-02-14 2008-02-20 Menteri Luar
Laos 2008-02-14 2008-02-20 Perdana Menteri
Kemboja 2008-02-25 2008-04-18 Dewan Undangan Kebangsaan
Vietnam 2008-03-14 2008-03-19 Menteri Hal-Ehwal Luar
Myanmar 2008-07-21 2008-07-21 Menteri Luar
Thailand 2008-09-16 2008-11-14 Parlimen
Filipina 2008-10-07 2008-11-12 Senat
Indonesia 2008-10-21 2008-11-13 Dewan Perwakilan

Penguatkuasaan

Piagam ASEAN berkuatkuasa setelah menerima penyerahan surat cara ratifikasi terakhir oleh Thailand pada Disember 2008. Wakil tetap Thailand di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Duta Don Pramudwinai, menyimpan dokumen berkenaan bersama setiausaha agung ASEAN, Surin Pitsuwan, di perwakilan Thailand di New York pada 14 November. Beliau mengeluarkan kenyataan berikut, "Inilah peristiwa yang bakal diraikan oleh 570 juta penduduk ASEAN, iaitu setelah para pemimpin ASEAN berkumpul di sidang tahunan pada pertenghaan bulan Disember, Piagam ASEAN bakal berkuatkuasa." Beliau memaksudkan piagam ini berkuatkuasa selepas Sidang Kemuncak ke-14. Tambahnya, bukan sahaja ratifikasi piagam sepeunuhnya akan disambut, bahkan juga penguatkuasaan undang-undang asas baru bagi ASEAN, sebagai "pertubuhan berasaskan undang-undang dan rakyat yang memiliki keperibadian undang-undang tersendiri."

Pelancaran

Pada 15 Disember 2008, para wakil negara anggota ASEAN bersidang di Jakarta, Indonesia untuk melancarkan Piagam yang ditandatangani pada bulan November 2007 ini, dengan tujuan menuju ke arah "komuniti seumpama Kesatuan Eropah" Piagam ini menjadikan ASEAN sebagai entiti sah serta bertujuan menghasilkan kawasan perdagangan bebas tunggal yang melibatkan 500 juta penduduk di rantau ini. Matlamat-matlamat piagam ini adalah seperti berikut:
  1. "Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara anggota".
  2. "Penyelesaian pertikaian secara aman".
  3. "Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara anggota".
  4. "Hak untuk hidup tanpa gangguan dari luar".
Bagaimanapun, diakui bahawa krisis kewangan global yang berlaku ketika ini menjadi ancaman kepada matlamat-matlamat yang dibayangkan piagam ini, serta mengemukakan cadangan badan hak asasi manusia untuk dibincangkan di sidang kemuncak akan datang pada Februari 2009. Kenyataan ini mencetuskan pertikaian kerana badan ini tidak berkuasa mengenakan sekatan atau menghukum negara-negara yang mencabuli hak asasi rakyatnya, maka keberkesanannya adalah terhad.

0 comments: